June 2, 2020

Kami sudah sedia untuk PRU15, kata Zahid lepas kunjungan Najib

 

Di tengah-tengah keadaan politik negara yang tidak stabil, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi isyarat partinya telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU ke-15.



Kesediaan itu dinyatakannya selepas menerima kunjungan bekas perdana menteri Najib Razak di kediamannya malam tadi.

"Kami sudah siap siaga untuk PRU15. Adakah anda semua sudah bersedia bersama kami?" katanya di Facebook hari ini.


Kenyataan itu di saat kemelut peringkat Persekutuan yang masih berterusan, dengan PH, Dr Mahathir Mohamad dan Warisan mendakwa memiliki majoriti untuk merebut kembali kuasa dari Perikatan Nasional (PN).
PN mengambil alih Putrajaya pada Mac lalu setelah Muhyiddin Yassin membawa Bersatu keluar dari PH untuk membentuk kerjasama baru dengan Umno, BN dan PAS, dengan sokongan GPS.


Sekiranya Parlimen di bubarkan, kira-kira 30 kerusi Parlimen Pakatan Harapan PH lagi akan ditawan oleh UMNO-PAS dan juga gabungan di dalam Muafakat Naisonal seperti MIC, MCA dan lain-lain.

Ini berdasarkan rekod sokongan undi ketika PRU14 lalu di mana pada masa itu PAS dan UMNO masih lagi belum bergabung dalam Muafakat Nasional. – Mkini

No comments: