Tempat Percutian Menarik di Malaysia Sempena Cuti Sekolah – TOP 5
Sejak dua menjak kebelakangan ini, nilai Ringgit berbanding Dollar semakin jatuh. Sehingga hari ini 1 USD bersamaan dengan RM 4.23 !
Maka secara tak langsung sekarang ni bukan masa yang sesuai untuk bercuti ke luar negara. Namun tak perlu risau, tempat percutian menarik di Malaysia pun banyak, apa ada hal, cuma kita yang malas nak cari destinasi.
Jom kita lihat dan mencari idea beberapa tempat pelancongan di Malaysia yang paling popular mengikut negeri.
Tempat Percutian Menarik di Kuala Lumpur
Bagi warga kota KL dan juga di Selangor, di sekeliling kita sebenarnya ada banyak tempat percutian yang menarik samaada untuk bercuti sekejap sekejap ataupun untuk lama. Terpulang kepada bajet anda dan dengan siapa anda bercuti.
Antara yang paling popular di KL.
SkyBridge di Menara KLCC
Aquaria KLCC
Taman Burung Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur
Petrosains, The Discovery Centre
Untuk maklumat lanjut anda boleh baca di sini apa yang anda boleh jangkakan di setiap destinasi di atas.
Skybridge KLCC
Tempat Percutian Menarik di Selangor
Sunway Lagoon
Selangor mempunyai pelbagai tarikan pelancongan yang moden dan juga alam semulajadi yang menarik. Tempat percutian menarik di Malaysia untuk kanak-kanak juga boleh dikatakan memang banyak terdapat di Selangor seperti taman tema, air terjun dan pusat pendidikan. Antara yang paling popular:
Kalau anda nak mendekatkan diri dengan alam semulajadi seperti hutan, pantai dan pulau, Terengganu semestinya negeri yang wajib anda lawati. Antara yang paling popular di Terengganu.
Pulau Redang
Pulau Perhentian
Taman Tamadun Islam & Masjid Kristal
Pulau Kapas
Tasik Kenyir
Anda boleh lihat senarai penuh kawasan pelancongan menarik di setiap daerah negeri Terengganu di sini.
Tempat Pelancongan Menarik di Kelantan
Gerbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu
Kelantan memang popular dengan negeri yang mempunyai pelbagai aneka makanan yang sedap dan unik. Selain kaya dengan budaya dan adat resam trasisional yang masih kekal sehingga kini, negeri Kelantan juga mempunyai banyak tempat pelancongan alam semulajadi dan pasar-pasar yang menarik.
Pasar Wakaf Che Yeh
Pantai Irama
Zon Bebas Cukai Rantau Panjang & Pengkalan Kubor
Jeram Linang & Jeram Pasu
Gunung Santubong
Anda boleh rujuk laporan penuh tarikan pelancongan dan tempat-tempat makan best di Kelantan di pautan ini.
Tempat Percutian Menarik di Pahang
Pulau Tioman
Pahang merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia dan mempunyai banyak tarikan pelancongan alam semulajadi yang menarik. Antara yang popular:
Taman Negara
Gambang Waterpark
Pulau Tioman
Cameron Highland
Pantai Cherating
Destinasi pelancongan di Pahang memang sangat popular di kalangan pelancong asing terutamanya Cameron Highland dan Taman Negara. Pelancong asing pun datang ke Malaysia untuk ke sini, kita sebagai rakyat Malaysia patut lebih daripada itu.
JDT bukan sahaja cukup popular dengan pasukan bola sepaknya, malah sangat sinonim dengan budaya jawa dan juga latarbelakang makanan yang sedap-sedap. Rugi kalau melancong ke Johor tapi tak mencuba makanan di sini. Antara tarikan pelancongan yang popular di Johor.
Legoland Malaysia
Johor Premium Outlet
Pantai Desaru
Danga Bay
Pulau Sibu dan Pulau Rawa.
Tempat Percutian Menarik di Negeri Sembilan
Kalau di Negeri Sembilan, saya kira nama Port Dickson lebih menyerlah dari nama negerinya sendiri. Maklumlah PD ni memang cukup sinonim di kalangan warga kota kerana merupakan tempat peranginan pantai yang paling dekat dengan KL.
Melaka memang kaya dengan tempat menarik dengan kesan sejarah. Selain itu, kalau datang ke sini, tak pekena makanan baba dan nyonya memang tak lengkap percutian anda. Antara destinasi menarik di Melaka yang sering menjadi pilihan pengunjung ialah.
Kedah mungkin agak jauh bagi warga kota di KL untuk bercuti, namun di sini juga ada kelainan tempat percutian yang tiada di negeri lain. Antara destinasi yang popular ialah:
Makanan yang BEST ! Itulah Penang yang cukup terkenal dengan pelbagai makanan yang menarik dan sedap sehingga ke KL. Antara destinasi pelancongan di Penang yang sering menjadi pilihan pengunjung ialah:
Kalau anda nak satu destinasi alam semulajadi yang lebih unik daripada yang ada di Semenanjung, Sarawak semestinya tempatnya. Perbezaan budaya dan bahasa dengan semenanjung juga agak ketara. Dan antara yang tarikan pelancongan yang popular di Sarawak ialah:
Sabah merupakan negeri yang sangat unik dan mempunyai keindahan alam seperti pulau dan pantai yang sangat menarik. Berikut merupakan antara tempat pelancongan di Negeri Sabah yang sering menjadi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara.
Pulau Sapi dan Pulau Manukan
Mari Mari Cultural Village
Gunung Kinabalu
Pulau-pulau Penyu
Pulau Mabul & Pulau Sipadan
Sabah memang banyak pulau-pulau dan tarikan marin yang menarik dan antara yang tercantik di dunia.
Itulah dia semua tempat percutian menarik di Malaysia mengikut negeri masing-masing. Top 5 ini hanyalah berdasarkan populariti daripada kalangan pelancong. Masih banyak lagi tempat pelancongan di Malaysia yang terpencil yang ramai tidak tahu. Semoga memberi anda seribu idea ke mana nak pergi nanti. Selamat cuti cuti satu Malaysia.
No comments:
Post a Comment