November 21, 2021

Mat Sabu kata PH kalah akibat hilang undi Bersatu

kekalahan PH bukan disebabkan oleh BN yang hanya kekal dengan jumlah undi mereka, tetapi larinya undi akibat pengkhianatan (presiden Bersatu) Muhyiddin Yassin dan kumpulannya


Keluarnya Bersatu daripada PH menyebabkan gabungan itu kalah dalam PRN Melaka, menurut Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Mohamad berkata, PH akan mengadakan kajian untuk mengenal pasti sebab kekalahan mereka tetapi antara puncanya adalah kehilangan undi yang diperolehi Bersatu ketika PRU 2018.


Dia berkata PN yang merangkumi Bersatu, PAS dan Gerakan mendapat 77,731 dalam PRN dua hari lalu.

Dia menganggarkan sebanyak 33,161 undi pergi kepada Bersatu, setelah menolak 44,570 undi yang dianggarkan diperolehi PAS, berdasarkan keputusan PRU lalu.

"Jika (undi diperolehi Bersatu) dicampur dengan undi popular yang diterima oleh PH iaitu sebanyak 114,457, ianya akan berjumlah 147,457 berbanding BN yang hanya memperolehi 122,741 undi.

"Oleh itu jelas bahawa kekalahan PH bukan disebabkan oleh BN yang hanya kekal dengan jumlah undi mereka, tetapi larinya undi akibat pengkhianatan (presiden Bersatu) Muhyiddin Yassin dan kumpulannya.


"Apa-apa pun keputusan telah dibuat oleh rakyat, satu muhasabah perlu dilakukan untuk kebaikan di masa hadapan," katanya dalam kenyataan semalam.

Perlu disebut bahawa jika Bersatu kekal di dalam PH, kemungkinan PAS akan bekerjasama dengan Umno dan BN.

Berdasarkan aturan ini, gabungan PAS-BN dianggarkan akan mendapat 167,311 undi - jumlah yang tetap lebih tinggi berbanding 147,457 undi yang dianggarkan diperolehi PH dan Bersatu.

BN yang dianggotai Umno, MCA dan MIC menang besar dalam PRN Melaka Sabtu lalu.

Gabungan itu meraih 21 daripada 28 kerusi dengan Umno menang 18 kerusi, MCA dua kerusi dan MIC satu kerusi. Ia menjadikan gabungan itu memiliki majoriti dua pertiga di DUN Melaka.

PH pula yang berjaya mendapat majoriti pada PRU lalu hanya berjaya mengekalkan lima daripada 15 kerusi yang dimenanginya pada 2018.

DAP hanya mengekalkan kemenangan di empat daripada lapan kerusi, Amanah menang satu daripada dua kerusinya manakala PKR kalah di kesemua tiga kerusi yang dimenanginya pada PRU lalu.

Gabungan itu juga gagal merampas semula dua kerusi yang dimenangi Bersatu ketika masih bersama mereka pada 2018. Kedua-dua kerusi itu dimenangi BN.

April 25, 2021

Outpouring of grief for Indonesia after missing submarine was found on the ocean floor with 53 dead - as Scott Morrison pays tribute

The crew members on the missing KRI Nanggala, who has since confirmed to have sank

Australia has sent condolences to Indonesia after a submarine sunk 53 crew on board.

Prime Minister Scott Morrison contacted Indonesian President Joko Widodo after the vessel was found in three pieces at the bottom of the Bali sea, hundreds of metres beyond its diving range.

April 14, 2021

KKM cadang rentas negeri sambut Hari Raya Aidilfitri ditangguh


KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan rentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri ditangguh.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba pada Khamis.

April 13, 2021

British troops to leave Afghanistan after 20 years and 454 deaths after Joe Biden announces US forces will quit country by September 11

British soldiers stand guard at the site where gunmen attacked a political gathering in Kabul, Afghanistan, 06 March 2020

Nearly all British troops will be withdrawn from Afghanistan following Joe Biden's announcement that US forces would leave by September 11.    

President Biden will withdraw all troops from the country before this year's 20th anniversary of the 9/11 attacks, finally ending America's longest war despite mounting fears of a Taliban victory, officials said on Tuesday.